botanical family: Lamiaceae
scientific name: Orthosiphon stamineus
common name: Misai Kucing (Malaysia, Indonesian), Cat Whiskers (English)
Orthosiphon stamineus adalah daun yang biasanya dibancuh sebagai teh untuk pelbagai tujuan, tetapi ia lebih dikenali untuk merawat masalah keradangan atau merawat penyakit saluran urogenital. Ia berasal dari kawasan lautan dan telah diperkenalkan ke negara-negara Asia dan Barat sejak permulaan abad ke-20.
Melalui kajian-kajian yang telah dilakukan, herba ini memiliki kupayaan sebagai pembakar lemak semulajadi. Ini kerana para penyelidik menemukan sekurang-kurangnya 70% ekstrak ethanolic yang kesannya dapat merangsang pengeluaran leptin dalam sel-sel lemak. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu lemak yang bertindak pada otak untuk mengawal pengambilan makanan dan berat badan. Kini, Leptin mudah diperolehi melalui pengambilan suppliment bagi mereka yang ingin mengurangkan kandungan lemak dalam badan ataupun mengawal selera makan.
Namun begitu, penyelidikan yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk memastikan fungsi dan keberkesanan Misai Kucing dalam mengurangkan kandungan lemak dalam badan serta mengawal selera makan. Walaupun keberkesanannya terbukti secara pengamalan tradisional, ujian secara klinikal perlu dilaksanakan agar kelebihan pokok Misai Kucing ini dapat dikomersilkan diperingkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment