Peralatan yang mencukupi amat penting untuk memastikan taman dapat dijaga dengan sempurna. Ini kerana taman yang dijaga dengan sempurna akan menjadikan diri kita lebih tenang setelah seharian bekerja. Memandang kehijauan taman yang dijaga dengan rapi walaupun ruang taman agak sempit boleh menghilangkan tekanan dan masalah buat seketika.
Peralatan berkebun yang sesuai sangat penting. Ia membantu dan melancarkan kerja-kerja menanam pokok. Peralatan yang diperlukan oleh seseorang yang mempunyai taman yang kecil berbeza dengan peralatan yang diperlukan oleh seseorang yang mengusahakan ladang tanaman berskala besar. Di sini saya hanya akan menyatakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk taman mini.
Peralatan-peralatan yang diperlukan:
1. Cangkul (hoe). Penting untuk menggemburkan tanah. Tidak perlu terlalu besar, hanya cukup untuk
menggemburkan tanah.
2. Penyiram (watering can). Tidak terlalu penting sekiranya anda mempunyai paip atau sistem penyiram automatik. Tapi sekiranya tiada penyiram, eloklah beli.
3. Penyodok tanah kecil (spade). Penting terutamanya jika anda ingin menanam pokok di dalam polibag.
4. Penggembur tanah.
5. Hos penyiram (Hose).
6. Gunting (clipper). Penting untuk memastikan pokok hiasan kelihatan kemas dan teratur.
7. Pasu & Polibag
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment