Tuesday, November 22, 2011

Memperbaiki Sistem Tanah

Kali ini kita kan berbicara mengenai tanah. Penjagaan sistem tanah amat penting untuk memastikan pembesaran pokok terjamin, terutamanya untuk pokok yang tidak ditanam di dalam pasu. Penjagaan tanah yang baik dapat menjamin pokok-pokok yang ditanam hidup subur dan sihat.

Antara cara untuk memperbaiki sistem tanah adalah seperti berikut:

1. Menggunakan bahan organik. Biasanya ia diambil daripada sisa haiwan ternakan, kompos yang dibuat
    sendiri, dan sisa yang diperoleh daripada tumbuhan. Tanah biasanya dicampur dan digaul bersama
    bahan-bahan ini untuk  menghasilkan tanah yang subur dan sesuai untuk penanaman. Cara ini boleh
    memperbaiki pengudaraan tanah (tanah liat dan keras) dan memperbaiki kadar kelembapan tanah
    (khususnya untuk tanah berpasir).

2. Memperbaiki sistem tanah sebelum mula menanam. Biasanya, kita akan menggunakan baja
    organik   atau kompos selepas kita selesai menanam pokok. Ini menyebabkan kesuburan sistem tanah di
    laman/taman ataupun kebun kita menjadi tidak sekata. Selain itu, memperbaiki sistem tanah sebelum
    memulakan penanaman  membolehkan kita menjimatkan penggunakan baja dan kompos. Cara lain yang
    boleh dipraktikkan adalah dengan meletakkan baja atau bahan kompos di sekeliling pokok yang ditanam.
    Ini juga dapat menjimatkan kos dan banyak dipraktikkan oleh para petani si seluruh dunia.

3. Memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Teknik hortikultur adalah sangat berkesan
    dalam memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah, terutamanya tanah yang keras dan liat.

4. Elakkan memijak tanah yang basah. Ini sangat penting untuk memastikan sistem pengudaraan tanah
    berjalan dengan baik. Tanah yang terlalu mampat dan padat akan menyebabkan tumbesaran pokok yang
    ditanam akan terjejas. Biasanya kayu yang besar akan digunakan dan dijadikan tempat memijak supaya
    berat badan boleh dikurangkan kepada kawasan tanah yang lebih besar.

5. Kitar semula dan hasilkan kompos. Kompos adalah bahan terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan
    mikroorganisma di dalam tanah. Kompos biasanya dibuat daripada bahan-bahan buangan seperti sisa
    tumbuhan yang dipotong kecil terutamanya yang diambil dari ladang, lalang, rumput kering, kayu dan
    dahan pokok yang dipotong kecil dan sebagainya.

6. Menggunakan baja. Ini adalah kaedah yang kita biasa gunakan. Walaubagaimanapun, pemilihan baja
    sangat penting untuk memastikan pokok membesar dengan sempurna.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment