Thursday, March 6, 2014

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)


botanical family: Lamiaceae
scientific name: Orthosiphon stamineus 
common name: Misai Kucing (Malaysia, Indonesian), Cat Whiskers (English)

Orthosiphon stamineus adalah daun yang biasanya dibancuh sebagai teh untuk pelbagai tujuan, tetapi ia lebih dikenali untuk merawat masalah keradangan atau merawat penyakit saluran urogenital. Ia berasal dari kawasan lautan dan telah diperkenalkan ke negara-negara Asia dan Barat sejak permulaan abad ke-20.

Melalui kajian-kajian yang telah dilakukan, herba ini memiliki kupayaan sebagai pembakar lemak semulajadi. Ini kerana para penyelidik menemukan sekurang-kurangnya 70% ekstrak ethanolic yang kesannya dapat merangsang pengeluaran leptin dalam sel-sel lemak. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu lemak yang bertindak pada otak untuk mengawal pengambilan makanan dan berat badan. Kini, Leptin mudah diperolehi melalui pengambilan suppliment bagi mereka yang ingin mengurangkan kandungan lemak dalam badan ataupun mengawal selera makan.

Namun begitu, penyelidikan yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk memastikan fungsi dan keberkesanan Misai Kucing dalam mengurangkan kandungan lemak dalam badan serta mengawal selera makan. Walaupun keberkesanannya terbukti secara pengamalan tradisional, ujian secara klinikal perlu dilaksanakan agar kelebihan pokok Misai Kucing ini dapat dikomersilkan diperingkat antarabangsa. 




Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)



botanical family: Simaroubaceae
scientific name: Eurycoma longifolia
common name: Tongkat Ali, Pasak Bumi (Malaysia), Bidara Laut (Indonesian), cây bá bệnh (Vietnamese)


Pokok Eurycoma longifolia adalah tinggi, langsing, malar hijau dan renek. Ia antara pokok yang biasa ditemui di Asia Tenggara. Lelaki Malaysia mendakwa bahawa teh yang dibuat daripada tumbuhan ini meningkatkan keupayaan seksual mereka dan kejantanan. Hasilnya, pokok ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga ia diwartakan sebagai salah satu spesies yang "dilindungi" 

Akar dan kulit kayu Eurycoma longifolia digunakan untuk merawat masalah mati pucuk (ED), meningkatkan minat dalam hubungan seks, kemandulan lelaki, meningkatkan prestasi olahraga, bina badan, dan mengurangkan lemak badan. Eurycoma longifolia juga digunakan untuk mengubati demam malaria, ulser, tekanan darah tinggi, batuk kering, sakit tulang, cirit-birit, sakit kepala, sifilis, dan juga kanser.

Bagaimana ia berfungsi? 

Akar Eurycoma longifolia mengandungi beberapa bahan kimia yang mempunyai kesan yang berbeza dalam badan. Beberapa bahan kimia yang seolah-olah memberi kesan kepada bagaimana badan menghasilkan hormon testosteron. Penyelidikan pada haiwan dan manusia menunjukkan ia mungkin meningkatkan kandungan testosteron dalam badan.




Friday, February 14, 2014

Sirih (Piper betle)


botanical family: Piperaceae
scientific name: Piper betle
common name: Pokok Sirih (Malaysia), Betel leaf (English)

Daun Sirih lebih dikenali fungsinya sebagai bahan hiasan pada hantaran perkahwinan dan makanan orang dahulu kala. Namun begitu, daun sirih mempunyai khasiat yang banyak dalam perubatan dan kebanyakan fungsinya juga sangat penting dalam menyembuhkan penyakit-penyakit kronik pada zaman ini. Hasil daripada kajian saintifik yang dilakukan oleh pengkaji tempatan dan barat, daun sirih mempunyai komponen aktif semulajadi (Active Ingredients) yang bersifat antiseptik (anti-kuman) dan anti bakteria. Selain itu, terdapat komponen aktif semulajadi yang mengandungi khasiat homeostasis seperti melancarkan darah dan menghentikan pengaliran darah akibat kecederaan. Berikut adalah kelebihan-kelebihan daun sirih dalam perubatan:
  1. Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. 
  2. Zat aktif yang ada pada daun sirih dapat merangsang saraf pusat, merangsang otak, meningkatkan gerakan peristaltik, dan mengurangkan gejala dengkur. 
  3. Sirih juga diketahui boleh mengatasi batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengubati luka bakar, bisul, mata gatal dan merah, menghentikan pendarahan gusi, menghilangkan bau mulut, jerawat, dan keputihan 
Berikut adalah contoh-contoh perubatan tradisional menggunakan daun sirih yang mudah diamalkan: 
  1. Untuk merawat batuk, sebanyak 15 lembar daun sirih direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu. Ubat bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas. Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sirih direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari. 
  2. Bagi merawat luka bakar, daun segar diperas airnya, ditambah sedikit madu, bubuhkan di tempat yang luka bakar. Mimisan, daun agak muda satu lembar dilumatkan, digulung untuk menyumbat hidung berdarah. Bisul, daun sirih secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, dioleskan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali. 
  3. Mengatasi mata gatal dan merah, lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Sejukkan untuk cuci mata dengan guna gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh. 
  4. Untuk merawat kurap dan gatal-gatal, ambil 20 lembar direbus, saat hangat dipakai untuk cuci. Menghentikan pendarahan gusi, daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur. 
  5. Untuk menghilangkan bau mulut, sebanyak dua sampai empat lembar daun diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur. ubat jerawat, tujuh sampai 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian dicampurkan dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
  6. Untuk mengubat masalah keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, dipakai untuk mencuci liang kemaluan. 

Tuesday, November 22, 2011

Kayu manis (Cinnamon)

botanical family: Lauraceae
scientific name: Cinnamomum zeylanicum
common name: kayu manis (Malaysia), cinnamon (English)

Kayu Manis

Kayu Manis menghasilkan sejenis minyak pati yang dikenali sebagai Cinnamaldehyde. kelebihan Cinnamaldehyde ialah ia merupakan salah satu daripada agen anti-microbial yang  berfungsi menyekat pertumbuhan bakteria dan fungi lebih-lebih lagi micro-organisma yang terdapat dalam makanan yang disediakan.

Selain itu,  Cinnamaldehyde juga memberi kesan kepada platelet darah yang mana ia meningkatkan kandungan platelet bagi tujuan pembekuan darah (anti-clotting).

Kayu Manis juga telah dikaji kelebihannya dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa penyelidik dari Sweeden,  Cinnamaldehyde  melambatkan pengosongan perut selepas makan seterusnya mengawal kadar penyerapan gula dalam badan.

Bagi penghidap diabetis tahap 2, mengamalkan pengambilan Kayu Manis dalam makanan mampu merangsang penghasilan insulin, dan mengembalikan tahap gula dalam darah kepada normal. Perkara ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh US Agriculture Research Service ke atas beberapa penghidap diabetis tahap 2.

Melalui kajian itu, pengambilan Kayu Manis sekurang-kurangnya 1 gram sehari mampu menurunkan 20% kadar gula dalam darah.  Kandungan kolesterol dan lemak juga berkurangan, kesan dari mengamalkan pemakan kayu manis. Oleh itu, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan membuktikan potensi kayu manis sebagai alternatif bagi membudayakan cara hidup yang sihat.

rujukan:

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=68#healthbenefits 

Tips Mencantikkan Taman Mini-1

Taman yang dihias cantik dan kemas memang menyejukkan mata memandang. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips & tricks untuk mencantikkan landskap laman & taman mini anda:

  1. Menyediakan pagar kecil di taman mini anda. 
    Pagar kecil ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang dan bahan semulajadi. Contohnya buluh, kayu, dan juga ranting kayu. Pagar yang disusun rapi dan dikemaskan dengan tanaman hiasan di sekelilingnya menjadikan taman anda bertambah menarik dan kelihatan kemas. Pagar ini boleh dicat mengikut citarasa anda bergantung kepada taman mini anda.

  2. Menanam pokok hiasan di sekeliling pagar.
    Tanaman hiasan boleh ditanam di sekeliling pagar untuk mencantikkan lagi taman mini anda. Anda juga boleh menanam pokok memanjat di pagar anda sekiranya pagar kelihatan kurang menarik.

  3. Buat pembahagi (border/barrier) untuk memisahkan antara tanaman. Walaupun saiz taman anda kecil, anda masih boleh membuat border untuk mengasingkan pokok-pokok yang anda tanam. Contohnya pokok bunga diasingkan dari pokok hiasan biasa. Ini akan menambah seri taman mini anda.

  4. Menyusun pasu-pasu dan polibag dengan teratur.
    Pokok bunga hendaklah ditempatkan bersama pokok bunga yang lain. Manakala pokok hiasan biasa seeloknya diletakkan bersama pokok hiasan yang lain. Ini akan menjadikan taman mini anda bertambah menarik.

  5. Letak kerusi atau tempat duduk di taman mini anda.
    Kerusi yang ingin diletak bergantung kepada citarasa anda. Anda boleh menggunakan kerusi kayu atau kerusi lain. Untuk menjimatkan kos, anda boleh membuat sendiri bangku dan meja. Ruang ini sangat bermanfaat untuk bersantai bersama keluarga tersayang.


Banyak lagi tips & tricks akan dikongsikan untuk mencantikkan taman mini anda pada masa hadapan. Selamat mencuba!

Lada Hitam (Black Pepper)

Botanical family: Piperaceae
Scientific name: Piper nigrum
Common name: Lada hitam (Malaysia), Black pepper (English)


Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah yang paling banyak digunakan jika dibandingkan dengan rempah-rempah yang lain. Berasal dari India, lada hitam pada masa ini boleh didapati di seluruh dunia dan Malaysia merupakan salah satu pengeksport lada hitam terbesar dunia ketika ini.


Selain digunakan secara meluas dalam masakan, lada hitam juga memiliki nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Hippocrates (400 BC) pernah menyatakan yang lada hitam ini mampu merawat masalah gastrik. Selain itu, lada hitam juga memiliki ciri anti bacteria yang mana Masyarakat Mesir Lama menggunakan rempah ini sebagai basuhan mulut untuk melegakan gigi yang sakit. 

Secara umumnya, lada hitam bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi mampu dibangunkan sebagai salah satu sumber perubatan melalui penyelidikan yang lebih serius dan berfokus.

Stevia

Botanical family: Asteraceae
Scientific name: Stevia rebaudina
Common name: Stevia


Satu-satunya pokok herba yang mampu mengasilkan extract 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Sumber manis ini diperoleh daripada glycoside yang terdapat pada organ-organ tumbuhan ini. Stevia berasal daripada Brazil dan paraguay mempunyai khasiatnya tersendiri yang mana ia menjadi pengganti gula bagi penghidap diabetis.

Gula semulajadi yang dihasilkan daripada pokok ini mampu merendahkan kandungan gula dalam badan, secara tidak langsung amat diglakakkan penggunaanya oleh pesakit diabetis.