Tuesday, November 22, 2011

Tips Mencantikkan Taman Mini-1

Taman yang dihias cantik dan kemas memang menyejukkan mata memandang. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips & tricks untuk mencantikkan landskap laman & taman mini anda:

  1. Menyediakan pagar kecil di taman mini anda. 
    Pagar kecil ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang dan bahan semulajadi. Contohnya buluh, kayu, dan juga ranting kayu. Pagar yang disusun rapi dan dikemaskan dengan tanaman hiasan di sekelilingnya menjadikan taman anda bertambah menarik dan kelihatan kemas. Pagar ini boleh dicat mengikut citarasa anda bergantung kepada taman mini anda.

  2. Menanam pokok hiasan di sekeliling pagar.
    Tanaman hiasan boleh ditanam di sekeliling pagar untuk mencantikkan lagi taman mini anda. Anda juga boleh menanam pokok memanjat di pagar anda sekiranya pagar kelihatan kurang menarik.

  3. Buat pembahagi (border/barrier) untuk memisahkan antara tanaman. Walaupun saiz taman anda kecil, anda masih boleh membuat border untuk mengasingkan pokok-pokok yang anda tanam. Contohnya pokok bunga diasingkan dari pokok hiasan biasa. Ini akan menambah seri taman mini anda.

  4. Menyusun pasu-pasu dan polibag dengan teratur.
    Pokok bunga hendaklah ditempatkan bersama pokok bunga yang lain. Manakala pokok hiasan biasa seeloknya diletakkan bersama pokok hiasan yang lain. Ini akan menjadikan taman mini anda bertambah menarik.

  5. Letak kerusi atau tempat duduk di taman mini anda.
    Kerusi yang ingin diletak bergantung kepada citarasa anda. Anda boleh menggunakan kerusi kayu atau kerusi lain. Untuk menjimatkan kos, anda boleh membuat sendiri bangku dan meja. Ruang ini sangat bermanfaat untuk bersantai bersama keluarga tersayang.


Banyak lagi tips & tricks akan dikongsikan untuk mencantikkan taman mini anda pada masa hadapan. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment