Tuesday, November 22, 2011

Kayu manis (Cinnamon)

botanical family: Lauraceae
scientific name: Cinnamomum zeylanicum
common name: kayu manis (Malaysia), cinnamon (English)

Kayu Manis

Kayu Manis menghasilkan sejenis minyak pati yang dikenali sebagai Cinnamaldehyde. kelebihan Cinnamaldehyde ialah ia merupakan salah satu daripada agen anti-microbial yang  berfungsi menyekat pertumbuhan bakteria dan fungi lebih-lebih lagi micro-organisma yang terdapat dalam makanan yang disediakan.

Selain itu,  Cinnamaldehyde juga memberi kesan kepada platelet darah yang mana ia meningkatkan kandungan platelet bagi tujuan pembekuan darah (anti-clotting).

Kayu Manis juga telah dikaji kelebihannya dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa penyelidik dari Sweeden,  Cinnamaldehyde  melambatkan pengosongan perut selepas makan seterusnya mengawal kadar penyerapan gula dalam badan.

Bagi penghidap diabetis tahap 2, mengamalkan pengambilan Kayu Manis dalam makanan mampu merangsang penghasilan insulin, dan mengembalikan tahap gula dalam darah kepada normal. Perkara ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh US Agriculture Research Service ke atas beberapa penghidap diabetis tahap 2.

Melalui kajian itu, pengambilan Kayu Manis sekurang-kurangnya 1 gram sehari mampu menurunkan 20% kadar gula dalam darah.  Kandungan kolesterol dan lemak juga berkurangan, kesan dari mengamalkan pemakan kayu manis. Oleh itu, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan membuktikan potensi kayu manis sebagai alternatif bagi membudayakan cara hidup yang sihat.

rujukan:

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=68#healthbenefits 

Tips Mencantikkan Taman Mini-1

Taman yang dihias cantik dan kemas memang menyejukkan mata memandang. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips & tricks untuk mencantikkan landskap laman & taman mini anda:

  1. Menyediakan pagar kecil di taman mini anda. 
    Pagar kecil ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang dan bahan semulajadi. Contohnya buluh, kayu, dan juga ranting kayu. Pagar yang disusun rapi dan dikemaskan dengan tanaman hiasan di sekelilingnya menjadikan taman anda bertambah menarik dan kelihatan kemas. Pagar ini boleh dicat mengikut citarasa anda bergantung kepada taman mini anda.

  2. Menanam pokok hiasan di sekeliling pagar.
    Tanaman hiasan boleh ditanam di sekeliling pagar untuk mencantikkan lagi taman mini anda. Anda juga boleh menanam pokok memanjat di pagar anda sekiranya pagar kelihatan kurang menarik.

  3. Buat pembahagi (border/barrier) untuk memisahkan antara tanaman. Walaupun saiz taman anda kecil, anda masih boleh membuat border untuk mengasingkan pokok-pokok yang anda tanam. Contohnya pokok bunga diasingkan dari pokok hiasan biasa. Ini akan menambah seri taman mini anda.

  4. Menyusun pasu-pasu dan polibag dengan teratur.
    Pokok bunga hendaklah ditempatkan bersama pokok bunga yang lain. Manakala pokok hiasan biasa seeloknya diletakkan bersama pokok hiasan yang lain. Ini akan menjadikan taman mini anda bertambah menarik.

  5. Letak kerusi atau tempat duduk di taman mini anda.
    Kerusi yang ingin diletak bergantung kepada citarasa anda. Anda boleh menggunakan kerusi kayu atau kerusi lain. Untuk menjimatkan kos, anda boleh membuat sendiri bangku dan meja. Ruang ini sangat bermanfaat untuk bersantai bersama keluarga tersayang.


Banyak lagi tips & tricks akan dikongsikan untuk mencantikkan taman mini anda pada masa hadapan. Selamat mencuba!

Lada Hitam (Black Pepper)

Botanical family: Piperaceae
Scientific name: Piper nigrum
Common name: Lada hitam (Malaysia), Black pepper (English)


Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah yang paling banyak digunakan jika dibandingkan dengan rempah-rempah yang lain. Berasal dari India, lada hitam pada masa ini boleh didapati di seluruh dunia dan Malaysia merupakan salah satu pengeksport lada hitam terbesar dunia ketika ini.


Selain digunakan secara meluas dalam masakan, lada hitam juga memiliki nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Hippocrates (400 BC) pernah menyatakan yang lada hitam ini mampu merawat masalah gastrik. Selain itu, lada hitam juga memiliki ciri anti bacteria yang mana Masyarakat Mesir Lama menggunakan rempah ini sebagai basuhan mulut untuk melegakan gigi yang sakit. 

Secara umumnya, lada hitam bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi mampu dibangunkan sebagai salah satu sumber perubatan melalui penyelidikan yang lebih serius dan berfokus.

Stevia

Botanical family: Asteraceae
Scientific name: Stevia rebaudina
Common name: Stevia


Satu-satunya pokok herba yang mampu mengasilkan extract 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Sumber manis ini diperoleh daripada glycoside yang terdapat pada organ-organ tumbuhan ini. Stevia berasal daripada Brazil dan paraguay mempunyai khasiatnya tersendiri yang mana ia menjadi pengganti gula bagi penghidap diabetis.

Gula semulajadi yang dihasilkan daripada pokok ini mampu merendahkan kandungan gula dalam badan, secara tidak langsung amat diglakakkan penggunaanya oleh pesakit diabetis.

Lidah buaya (Aloe vera)

Botanical family: Xanthorrhoeaceae
Scientific name: Aloe vera
Common name: Lidah buaya (malaysia), Aloe vera (english)


Aloe vera, yang berasal dari Africa, mempunyai khasiat yang tidak ternilai lebih-lebih lagi dari segi penjagaan kulit. Dedaun Aloe vera menghasilkan sejenis gel yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembapkan kulit, anti-bacteria dan anti-fungi.

Antara mineral yang terdapat dalam gel Aloe vera adalah seperti protein, sodium, potassium, manganese,calcium, iron dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia memberikan tumbuhan ini ciri-ciri penyembuhan yang berbeza daripada tumbuhan-tumbuhan lain.

Disamping untuk penggunaan luaran, ekstrak Aloe vera juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk mengubati Ulser perut. kemujaraban herba ini telah pun diguna pakai dalam pembuatan lotion, minuman, tablet dan ubat salap, yang mana pengguna dapat mendapatkan kelebihan tumbuhan ini dgn lebih mudah dan berkesan.

Peralatan Taman & Landskap

Peralatan yang mencukupi amat penting untuk memastikan taman dapat dijaga dengan sempurna. Ini kerana taman yang dijaga dengan sempurna akan menjadikan diri kita lebih tenang setelah seharian bekerja. Memandang kehijauan taman yang dijaga dengan rapi walaupun ruang taman agak sempit boleh menghilangkan tekanan dan masalah buat seketika.

Peralatan berkebun yang sesuai sangat penting. Ia membantu dan melancarkan kerja-kerja menanam pokok. Peralatan yang diperlukan oleh seseorang yang mempunyai taman yang kecil berbeza dengan peralatan yang diperlukan oleh seseorang yang mengusahakan ladang tanaman berskala besar. Di sini saya hanya akan menyatakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk taman mini.

Peralatan-peralatan yang diperlukan:

1. Cangkul (hoe). Penting untuk menggemburkan tanah. Tidak perlu terlalu besar, hanya cukup untuk
    menggemburkan tanah.

2. Penyiram (watering can). Tidak terlalu penting sekiranya anda mempunyai paip atau sistem penyiram automatik. Tapi sekiranya tiada penyiram, eloklah beli.

3. Penyodok tanah kecil (spade). Penting terutamanya jika anda ingin menanam pokok di dalam polibag.

4. Penggembur tanah.

5. Hos penyiram (Hose).

6. Gunting (clipper). Penting untuk memastikan pokok hiasan kelihatan kemas dan teratur.

7. Pasu & Polibag

Selamat mencuba!

Memperbaiki Sistem Tanah

Kali ini kita kan berbicara mengenai tanah. Penjagaan sistem tanah amat penting untuk memastikan pembesaran pokok terjamin, terutamanya untuk pokok yang tidak ditanam di dalam pasu. Penjagaan tanah yang baik dapat menjamin pokok-pokok yang ditanam hidup subur dan sihat.

Antara cara untuk memperbaiki sistem tanah adalah seperti berikut:

1. Menggunakan bahan organik. Biasanya ia diambil daripada sisa haiwan ternakan, kompos yang dibuat
    sendiri, dan sisa yang diperoleh daripada tumbuhan. Tanah biasanya dicampur dan digaul bersama
    bahan-bahan ini untuk  menghasilkan tanah yang subur dan sesuai untuk penanaman. Cara ini boleh
    memperbaiki pengudaraan tanah (tanah liat dan keras) dan memperbaiki kadar kelembapan tanah
    (khususnya untuk tanah berpasir).

2. Memperbaiki sistem tanah sebelum mula menanam. Biasanya, kita akan menggunakan baja
    organik   atau kompos selepas kita selesai menanam pokok. Ini menyebabkan kesuburan sistem tanah di
    laman/taman ataupun kebun kita menjadi tidak sekata. Selain itu, memperbaiki sistem tanah sebelum
    memulakan penanaman  membolehkan kita menjimatkan penggunakan baja dan kompos. Cara lain yang
    boleh dipraktikkan adalah dengan meletakkan baja atau bahan kompos di sekeliling pokok yang ditanam.
    Ini juga dapat menjimatkan kos dan banyak dipraktikkan oleh para petani si seluruh dunia.

3. Memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Teknik hortikultur adalah sangat berkesan
    dalam memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah, terutamanya tanah yang keras dan liat.

4. Elakkan memijak tanah yang basah. Ini sangat penting untuk memastikan sistem pengudaraan tanah
    berjalan dengan baik. Tanah yang terlalu mampat dan padat akan menyebabkan tumbesaran pokok yang
    ditanam akan terjejas. Biasanya kayu yang besar akan digunakan dan dijadikan tempat memijak supaya
    berat badan boleh dikurangkan kepada kawasan tanah yang lebih besar.

5. Kitar semula dan hasilkan kompos. Kompos adalah bahan terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan
    mikroorganisma di dalam tanah. Kompos biasanya dibuat daripada bahan-bahan buangan seperti sisa
    tumbuhan yang dipotong kecil terutamanya yang diambil dari ladang, lalang, rumput kering, kayu dan
    dahan pokok yang dipotong kecil dan sebagainya.

6. Menggunakan baja. Ini adalah kaedah yang kita biasa gunakan. Walaubagaimanapun, pemilihan baja
    sangat penting untuk memastikan pokok membesar dengan sempurna.


Selamat mencuba!

Monday, November 21, 2011

Pilihan tanah untuk tanaman

Jenis-jenis tanah yang sesuai digunakan dalam pertanian dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tanah berpasir, tanah gambut dan tanah liat. Penggunaannya bergantung kepada jenis tumbuhan yang ingin ditanam sebagai contoh, tumbuhan yang besar, berakar tunjang memerlukan struktur tanah yang lebih kuat jika dibandingkan dengan tumbuhan yang renek dan berakar serabut.

Selain itu, faktor semulajadi juga penting kerana kesesuaian tanah yang digunakan bergantung pada persekitaran kawasan penanaman, oleh itu, mengetahui jenis tanah yang perlu digunakan adalah langkah pertama bagi memastikan keberhasilan sesebah tanaman itu. Jenis-jenis tanah yang sering digunakan oleh para petani ataupun pekebun adlah seperti berikut:

Tanah berpasir (sandy soil)

Komposisinya adalah silica dan mineral, merupakan jenis tanah yang paling banyak ditemui di kawasan beriklim tropika. Kelebihan tanah jenis ini ialah keupayaan menyerap air yang tinggi yang mana masalah berkaitan tanah di genangi air dapat diatasi dengan penggunaan tanah berpasir.

Selain itu, tanah berpasir juga menghasilkan sayuran-sayuran akar yang baik, pokok renek dan pokok berakar umbi. namun begitu, tanah berpasir memerlukan pengairan dan pembajaan yang berterusan kerana mineral di dalam tanah berpasir mudah hilang akibat struktur tanah yg poros, membolehkan air mudah melaluinya dan menarik segala mineral-mineral yang terdapat dalam tanah tersebut.

Tanah gambut (Loams soil)

Komposisinya terdiri daripada pasir dan tanah liat. tanah jenis ini merupakan tanah yang sangat sesuai untuk bercucuk tanam kerana kupayaan menyerap air yang sangat baik serta kandungan mineral yang tinggi untuk pertumbuhan pokok-pokok.

Tanah jenis ini bersifat lembut dan rapuh dan sentiasa berada dalam gumpalan-gumpalan kecil. oleh kerana kandungan bahan organik yang tinggi dalam tanah ini, pekebuan dan petani sering menggunakan tanah jenis ini untuk membiak tanaman dan melapiskan tanah ini pada permukaan tanah untuk menyuburkan tanah-tanah tanaman.

Tanah liat (clay soil)

Kelebihan tanah liat ialah ia mempunyai partikel yang kecil dan mempunyai sifat melekat pada partikel-partikel tanah tersebut. Kesannya, tanah jenis ini lebih mampat dan lebih keras jika dibandingkan dengan tanah gambut dan tanah berpasir. kelebihan tanah jenis ini ialah ia tetap lembap walaupun ketika musim kering, namun begitu, ketika musim hujan ia menyebabkan air terkumpul di permukaan tanah. Ini kerana tanah ini mempunyai daya penyerapan air yang lemah akibat daripada keadaan partikel tanah yang kecil serta melekat antara satu sama lain.

Tanah liat juga kaya dengan sumber mineral untuk pertumbuhan pokok dan struktur tanah liatjuga mampu menghalang air dari menghakis sumber-sumber mineral ini. Oleh itu, tanah jenis ini lebih sesuai digunakan di kawasan yang beriklim tropika.

Saturday, November 5, 2011

Kaedah Penghantaran

Chempaka AgroHerbs menggunakan perkhidmatan pos KTM untuk urusan penghantaran anak pokok ke seluruh semenanjung Malaysia. Penghantaran benih pokok pula akan dihantar menggunakan poslaju. Buat masa ini kami masih lagi belum menyediakan khidmat penghantaran ke Sabah & Sarawak. InsyaAllah pada masa akan datang perkhidmatan penghantaran ke Sabah & Sarawak akan disediakan.

Untuk pembelian biasa, anak pokok/benih akan dipos menggunakan kotak yang dikhaskan dan anak benih/pokok akan dibalut dengan menggunakan surat khabar yang dibasahkan untuk memastikan kesegaran anak benih. Lapisan plastik juga akan diletak di bahagian dalam kotak supaya kotak tidak menjadi basah apabila sampai kepada pelanggan.

Untuk perancangan masa hadapan, kami merancang untuk membuat satu kotak plastik khusus yang diletak ke dalam kotak. Plastik ini membolehkan anak benih tidak bergerak dan tidak rosak semasa urusan penghantaran dilakukan.

Untuk pembelian secara borong, kami akan menghantar pesanan dengan menggunakan lori. Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang diberi oleh pelanggan.

Biji Sawi (Mustard Seeds)

Botanical family: Cruciferae
Scientific name: Brassica juncea
Malaysian name: Biji Sawi
English name: Mustard Seeds

Di Eropah, biji sawi (mustard seed) digunakan untuk membuat krim mustard. Di Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara, rempah ini digunakan secara meluas dalam masakan. Rempah ini berwarna perang selepas digoreng and berbau seperti bau kacang. Jadi, biji sawi biasanya digoreng bersama minyak yang sedikit hinggalah baunya naik. Di India subcontinent, biji sawi digunakan untuk memasak kuah dal dan masakan-masakan mereka yang lain.

Friday, November 4, 2011

Jarak Belanda

Botanical family: Bixaceae
Scientific name: Bixa orellana
Malaysian name: Jarak belanda, kesumba
English name: Annatto

Annato adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Ia mula diperkenalkan di Filipina oleh orang Sepanyol. Pokok ini mula berkembang ke seluruh kawasan Asia Tenggara, dan dikenali dengan nama pokok Jarak Belanda di Malaysia. Buahnya yang kelihatan seperti buah rambutan yang masak ranum menyebabkan ramai orang menanam pokok ini sebagai pokok hiasan di halaman rumah.

Apabila buahnya telah masak, ia menjadi warna perang dan buahnya pecah sendiri dan menampakkan biji yang berwarna merah. Biji pokok Jarak Belanda digunakan sebagai bahan utama dalam food colouring ataupun dye dalam masakan di Filipina.  Biji pokok ini juga boleh menggantikan penggunaan minyak dengan merendam biji ini ke dalam air. Di negara Amerika Latin, Annatto (Jarak Belanda) dihancurrkan dan digunakan sebagai rempah dalam masakan.